assalamualaikum

selamat datang ke blog ini,moga anda dapat mengambil manfaat dari tulisan yang terdapat didalam ini...

Friday 28 December 2012

assyahid muhammad ahmad qanitah


Berita Syria.

Seorang mujahid berusia 30 tahun, Muhammad Ahmad Qanitah berasal dari Mukhayyam As-Shatie di sebelah barat bandar Gaza telah syahid semasa menyertai pertempuran di salah sebuah daerah di Syria.

Sumber khas ketenteraan mendedahkan kepada agensi berita PALTIMES, si mujahid yang mempunyai 3 orang anak lelaki dikatakan antara komander tersohor kepada salah sebuah sayap tentera Palestin di Semenanjung Gaza. As-Syahid pernah mengikuti beberapa misi jihad di Semenanjung Gaza seperti melancarkan serangan roket ke bandar-bandar dan lokasi tentera zionis dan menghadang pencerobohan tentera zionis ke Gaza.

Dikatakan juga, as-syahid menjadi jurulatih yang melatih sebilangan pejuang-pejuang Palestin dari pelbagai sayap tentera Palestin di Semenanjung Gaza. As-syahid keluar ke Syria bertujuan melatih anggota-anggota tentera bebas Syria bagi menghadapi tentangan tentera rejim Asad dan mafia-mafianya. Menurut sumber yang sama, 3 kumpulan ketenteraan bebas Syria berjaya dibentuk hasil bantuan dari as-syahid.

Sumber yang sentiasa berhubung dengan as-syahid menjelaskan, mujahid Qanitah keluar dari Semenanjung Gaza pada 4 bulan yang lalu dan menempuh peperangan bersama-sama dengan tentera bebas Syria menentang tentera Asad dan mafianya khususnya di daerah Idlib dan Halab.

Sepertimana yang diceritakan secara terperinci berhubung kesyahidan mujahid Qanitah, kata sumber, "as-syahid keluar bertempur di lapangan terbang Idlib bersama-sama dengan tentera bebas Syria pada hari Khamis, 27/12/2012."

Diikuti lagi kata sumber, "semasa merempuh lapangan terbang, pesawat-pesawat rejim Asad telah menyerang para mujahidin, lantas mengakibatkan Qanitah terkena serpihan peluru berpandu di kepala dan pahanya, pada waktu itu jam 2 petang, cedera yang dialami as-syahid memang parah. Pada jam 4 pagi Jumaat, 28/12/2012, Qanitah telah diumumkan syahid."

Sedemikian itu, Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) mengucapkan takziah kepada mujahid Qanitah. Pada waktu yang sama, masjid-masjid di Mukhayyam As-Shatie menyebut nama as-syahid dengan gelaran 'helang', lalu diumumkan solat sunat ghaib ke atas as-syahid mujahid Qanitah.

Sumber:
28/12/2012, web berita Paltimes dan Safa