Pengakuan: "Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumat"
Seorang
ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan
pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negeri Jordania. ketika di
Jordania Beliau pergi ke daerah sempadan Jordania-Israel.
Sampai di daerah sempadan, ketika rombongannya Syeikh Maulana Tariq
Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat
perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah
dalam Masjid.
Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu
langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara
Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.
"Saya hanya
ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di
Masjid,"kata tentara Israel itu. Syeikh Maulana Tariq Jamil sambil
kehairanan bertanya "kenapa?"
Dia pun menjawab "di dalam kitab
kami ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir
untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah
solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur."
Tetapi ketika
tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat
subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam
pasti tidak boleh kalahkan kami."Mendengar kata-kata ini Syeikh Maulana
Tariq Jamil sangat kehairanan.
Seperti mana sudah ketahui bahwa
solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, karena subuh
adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika
mana solat subuh boleh ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah
ditunaikan.
Sebahagian besar umat Islam tidak mengetahui
pengakuan tentara Israel ini, bahawasanya Israel akan hancur jika jemaah
solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumaat.
Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam
dapat meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana
Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak
akan menolong umat Islam.
---------------------------------------------------------------------------------- Kita bangun melihat bola, tetapi Yahudi bangun untuk melihat 'kita'.. :) NASIHAT USTAZ: Sila bangun di awal pagi. Jangan malas solat subuh