Berita Syria.
Seorang mujahid berusia 30 tahun, Muhammad Ahmad Qanitah berasal dari Mukhayyam As-Shatie di sebelah barat bandar Gaza telah syahid semasa menyertai pertempuran di salah sebuah daerah di Syria.
Sumber khas ketenteraan mendedahkan kepada agensi berita PALTIMES, si mujahid yang mempunyai 3 orang anak lelaki dikatakan antara komander tersohor kepada salah sebuah sayap tentera Palestin di Semenanjung Gaza. As-Syahid pernah mengikuti beberapa misi jihad di Semenanjung Gaza seperti melancarkan serangan roket ke bandar-bandar dan lokasi tentera zionis dan menghadang pencerobohan tentera zionis ke Gaza.
Dikatakan juga, as-syahid menjadi jurulatih yang melatih sebilangan pejuang-pejuang Palestin dari pelbagai sayap tentera Palestin di Semenanjung Gaza. As-syahid keluar ke Syria bertujuan melatih anggota-anggota tentera bebas Syria bagi menghadapi tentangan tentera rejim Asad dan mafia-mafianya. Menurut sumber yang sama, 3 kumpulan ketenteraan bebas Syria berjaya dibentuk hasil bantuan dari as-syahid.
Sumber yang sentiasa berhubung dengan as-syahid menjelaskan, mujahid Qanitah keluar dari Semenanjung Gaza pada 4 bulan yang lalu dan menempuh peperangan bersama-sama dengan tentera bebas Syria menentang tentera Asad dan mafianya khususnya di daerah Idlib dan Halab.
Sepertimana yang diceritakan secara terperinci berhubung kesyahidan mujahid Qanitah, kata sumber, "as-syahid keluar bertempur di lapangan terbang Idlib bersama-sama dengan tentera bebas Syria pada hari Khamis, 27/12/2012."
Diikuti lagi kata sumber, "semasa merempuh lapangan terbang, pesawat-pesawat rejim Asad telah menyerang para mujahidin, lantas mengakibatkan Qanitah terkena serpihan peluru berpandu di kepala dan pahanya, pada waktu itu jam 2 petang, cedera yang dialami as-syahid memang parah. Pada jam 4 pagi Jumaat, 28/12/2012, Qanitah telah diumumkan syahid."
Sedemikian itu, Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) mengucapkan takziah kepada mujahid Qanitah. Pada waktu yang sama, masjid-masjid di Mukhayyam As-Shatie menyebut nama as-syahid dengan gelaran 'helang', lalu diumumkan solat sunat ghaib ke atas as-syahid mujahid Qanitah.
Sumber:
28/12/2012, web berita Paltimes dan Safa