assalamualaikum

selamat datang ke blog ini,moga anda dapat mengambil manfaat dari tulisan yang terdapat didalam ini...

Tuesday 11 December 2012

puisi oleh UAI

MAAFKAN KAMI WAHAI GAZA-SYRIA

Derita kita
Derita kita menanti majunya negara
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan
Derita kita belum dapat bantuan subsidi
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa

Derita mereka
Apabila anak-anak menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru-peluru Yahudi
Yang merobek kulit yang mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tak berdosa
Itulah derita para ibu yang berada di bumi GAZA

Para ibu di negara kita
Derita belum sempat membeli gelang baru
Belum sempat membeli rantai baru
Belum sempat menempah siap pakaian baru
Samakah kita dengan mereka?

Bumi GAZA 2012
Menjadi tontonan cerita perang
Dalam televisyen setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion-bilion

Wahai GAZA
Kami saudara kamu
Seagama denganmu
Kami lelaki-lelaki sekuatmu juga
Kami memohon ampun kepadamu wahai GAZA
Kami memohon ampun kepadamu wahai SYRIA
Kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami
Yang hanya kami gunakan pada hari hari kemerdekaan

Minta maaf wahai rakyat PALESTIN, SYRIA
Kami ada tentera tetapi kami tidak mampu pergi kepada kamu
Mohon kemaafan banyak-banyak
Kami hanya menjadi penonton
Di mana darah anak-anakmu, isteri-isterimu jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci ini

Wahai GAZA
Walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad
Terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para shuhada’mu
Wahai SYRIA
Walau kami tidak sempat untuk berperang bersamamu
Terimalah nyawa kami untuk terus mengkuatkan jasad-jasad kamu
Melawan segala yang menjadi musuh ALLAH, al-Yahudu wal-Basyar

Wahai GAZA
Waahai PALESTIN
Wahai SYRIA
Maafkanlah kami
Terimakanlah doa daripada kami
Dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu..

Oleh: USTAZ AZHAR IDRUS