assalamualaikum

selamat datang ke blog ini,moga anda dapat mengambil manfaat dari tulisan yang terdapat didalam ini...

Monday 10 June 2013

Pergolakan di Syria ada impak kepada perjuangan pembebasan Palestin..

Pergolakan di Syria ada impak kepada perjuangan pembebasan Palestin..
Di sana ada Bashar Assad dan rakyat Syria yang dizaliminya. Ulama wibawa dari seluruh Dunia (yang di naungi oleh Prof Dr Yusuf Qardhawi) telah sepakat mengutuk Bashar Assad dan mengeluarkan fatwa supaya menyokong perjuangan rakyat Syria yang dizalimi oleh Basyar Assad. Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi yakin bahawa kemenangan akan diperolehi rakyat Syria dan berjanji akan turun solat jumaat dan berkhutbah di damsyik apabila peristiwa bersejarah ini menjadi kenyataan. Rabitah Ulama Syria juga menyokong ketetapan dan keputusan Ulama sedunia. Ulama Azhar lebih awal lagi mempunyai pendirian jalur keras ke atas Basyar Assad supaya rakyat Syria terpelihara dari kejahatannya.

Kedengaran pula suara-suara yang meminta supaya tidak menyokong rakyat Syria yang bangkit menentang Basyar Assad kerana mereka didalangi oleh Amerika dan sekutunya Israel. Di setengah negara, rakyat yang bangkit menentang ini dikatakan 'pemberontak'. Sedang di seluruh dunia mereka ini dirujuk sebagai 'tentera pembebasan Syria' (FSA - Free Syria Army). Untuk menyokong dakwaan ini dipaparkan beberapa bukti kononnya 'tentera pemberontak' ini mendapat bantuan dari luar (barat) dan di kesan menggunakan senjata dari Israel.

Apakah saya akan menafikannya? Saya tidak akan menafikannya. Tetapi kita hendaklah menyedari apabila rakyat Syria diperangi oleh kerajaannya sendiri, maka sudah tentu di sana ada pelbagai kecenderungan yang rencam di kalangan rakyat Syria yang bangkit menentang kezaliman Basyar Assad. Walaupun mereka disatukan di bawah satu payung iaitu FSA (Free Syria Army) namun masih wujud pelbagai kumpulan bersenjata yang bebas dan tidak terikat dengan FSA. Tiada siapa yang dapat memantau atau memastikan dari mana mereka memperolehi senjata dan bantuan kewangan. Tetapi baik FSA atau mana-mana kumpulan yang mempertahankan diri mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk meningkatkan keupayaan ketenteraan untuk menghadapi tentera Basyar Assad yang menggunakan senjata konvensyenal dan berat (kereta kebal dan jet pejuang) untuk membedil rakyat.

Dalam sejarah rantau nusantara saya bolih kemukakan satu contoh pengalaman serupa. Ketika rakyat Aceh menentang Belanda dari tahun 1873 hingga 1913, pasangan Teungku Umar-Cut Nyak Dien (suami isteri) bolih memberikan gambaran yang selari. Cut Nyak Dien (isteri) adalah pimpinan utama umat Islam Aceh terutama di Meulaboh. Suaminya Teungku Umar telah berkerjasama dengan Belanda sehingga dibekalkan dengan pelbagai senjata oleh penjajah Belanda. ia adalah satu percaturan yang licik di mana selama dua tahun Tengku Umar telah dicop sebagai pengkhianat, tetapi apa yang berlaku ialah Teungku Umar yang diberi kepercayaan oleh Belanda menguasai lapangan sehingga mereka mempunyai keupayaan ketenteraan yang cukup ampuh untuk berhadapan dengan Belanda. Beliau telah 'berpaling tadah' dan menjuadi PENO (public enemy No One) kepada kerajaan kolonial Belanda sehingga sebuah 'board game' yang terkenal seperti 'Monopoly' dicipta di Belanda iaitu 'Teungku Umar Speel' - permainan kanak-kanak yang mana objektifnya ialah untuk membunuh figura Tengku Umar. Di masa yang sama Cut Nyak Dien telah memperoleh bekalan senjatanya dari pedagang-pedagang Portugis yang mengambil kesempatan dari Perang Aceh untuk membina empire perniagaan mereka di Sumatera. Tanyakan sahabat-sahabat kita di Indonesia - siapa yang tidak kenal Cut Nyak Dien yang diangkat sebagai pahlawan Nasional Indonesia.

Adakah sesuatu yang pelik apabila pejuang Syria di kesan menggunakan senjata Israel? Jika benar sekalipun apakah ia satu insiden yang terpencil atau suatu yang 'common place' sehingga secara empirikalnya kita bolih membuat kesimpulan FSA dan pejuang Syria dibekalkan senjata oleh Israel - dan kita membuat kesimpulan dari 'isolated incident' ini untuk melabelo FSA dan pejuang Syria bersekongkol dengan israel?

Ketika saya dan seorang rakan menjalankan kerja kemanusiaan di Mindanao pada tahun 2000 apabila umat Islam di Mindanao (camp Abu bakar) di bedil dan diserang dari udara oleh Kerajaan Filipina, saya melihat sendiri bagaimana pejuang MILF menggunakan senjata tentera Filipina. Dan senjata ini mereka tidak perolehi dari mayat tentera Filipina yang terbunuh dalam peperangan tetapi diserahkan oleh tentera Filipina kepada mereka walaupun mereka sedang berperang di medan terbuka? Kita tidak perlu tahu apa yang berlaku di medan tetapi hakikatnya cukup kompleks. ia tidak semudah kita yang hidup dalam suasana aman di Malaysia ini. 'Their minds are wired differently' kerana mereka berada dalam suasna 'life and death'. Kita juga akan mencari pelbagai helah dan jalan yang tidak konvensyenal untuk mempertahankan nyawa diri dan keluarga di saat genting seperti itu.

Maka nasihat saya tak payahlah duk cari video-video yang terpencil untuk menuduh dan 'membuktikan' pejuang Syria sebagai alat Amerika. satu video yang dipaparkan sebagai bukti pejuang Syria di sokong US ada ribuan video rakyat Syria disembelih oleh tentera Basyar assad. dan saya nak tanya dari mana Basyar Assad mendapat bantuan kewangan dan senjata. Rusia terang-terang menyokong Basyar Assad, begitu juga Cina. Bahkan Iran Syiah terang-terangan membantu tentera Basyara Assad. Kenapa kita tidak sensitif bila Basayar Assad di bantu oleh Rusia tetapi cepat-cepat buat kesimpulan dangkal bahawa FSA dibantu US dan Israel berdasarkan beberapa klip video yang terpencil? Bersikap adil lah dalam membaut penilaian.

Dan akhirnya pegang teguhlah keputusan ulama muktabar. Mereka tidak gopoh dalam membuat satu ketetapan dan pendirian. Mereka mendapat pelbagai maklum balas dari rakyat Syria, gerakan Ialam khususnya Ikhwan Muslimin Syria. Itupun setelah hampir 2 tahun (2012) barulah Pertubuhan Ulama sedunia menggariskan beberapa prinsip untuk memandu umat islam dalam menentukan sikap terhadap Basyara Assad setelah hampir 50,000 rakyat Syria terbunuh. Kini bilangannay sudah mencecah 90,000. dan kita masih lagi berdolak dalih untuk tidak membuat satu pendirian yang betul. Apakah kita lebih rela tidak berbuat apa-apa sedangkan hampir 10 orang kanak-kanak dibunuh oleh Basyar assad setiap hari secara puratanya.?

PANDUAN QUNUT NAZILAH MENURUT SUNNAH NABI SAW

PANDUAN QUNUT NAZILAH MENURUT SUNNAH NABI SAW
Disediakan oleh Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis
Telah disemak dan diluluskan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perlis


1.DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH

Daripada Anas bin Malik RA:

أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَدُوٍّ فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الْأَنْصَارِ كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ وَغَدَرُوا بِهِمْ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ

Mafhumnya: “Bahawa Bani Ri’lin, Zakwan, Usaiyah dan Bani Lahyan pernah meminta pertolongan dari Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh mereka. Maka baginda menghantar bantuan seramai 70 orang sahabat dari golongan Ansar. Kami menamakan mereka sebagai al-Qurra, mereka dahulunya mengedarkan makanan untuk orang-orang yang memerlukan pada siang hari dan banyak menunaikan solat pada malam hari. Sehinggalah mereka sampai di Bi’ri Ma’unah, tiba-tiba mereka di bunuh dan dikhanati oleh kabilah-kabilah berkenaan. Apabila berita itu sampai kepada Nabi SAW, baginda membaca qunut (Nazilah) selama sebulan dan berdoa dalam solat Subuh untuk dikenakan balasan ke atas jenayah dan pengkhianatan Bani Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan.” (HR al-Bukhari)



2.CONTOH DOA QUNUT NAZILAH

اَللَّهُمَّ إنَّا نَسْتَعِيْنُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ، وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ، وَلَا نَكْفُرُكَ، اللهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّيْ وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُوْ رَحْمَتَكَ، وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إنَّ عَذَابَكَ الجِدَّ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ،

اَللَّهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ وَأَهْلَ الْكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ،اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلَامَ وَالْمُسلمين، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَدَمِّرْ أَعْدَاءَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْن, اَللَّهُمَّ أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَالطُّغَاةَ وَالظَّالِمِيْنَ يَا رَبَّ اْلعَالَمِيْن، اَللَّهُمَّ اِنَّنَا نَجْعَلُكَ فى نُحُورِ أَعْدَاءِنَا و نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ, اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ يَا قَهَّار, يَا جَبَّار, يَا مُنْتَقِم, يَا الله, يَا الله, يَا الله.

اللهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ وَاْنصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

اَللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ فِلِسْطِيْن، اَللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْلِمِيْن فِيْ كُلِّ مَكَان, اَللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ, اَللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المُحْتَلِّيْنَ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ، اَللَّهُمَّ أهْلِكْ الصِّهْيُوْنِيَّةَ وَمَنْ وَالَاهُمْ, اَللَّهُمَّ أهْلِكْ الصِّهْيُوْنِيَّةَ وَمَنْ وَالَاهُمْ، اَللَّهُمَّ أهْلِكْ الصِّهْيُوْنِيَّةَ وَمَنْ وَالَاهُمْ.

اَللَّهُ?مَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ سَبِيْلِكْ، والْمُضْطَهَدِيْنَ فِيْ دِيْنِهِمْ فِيْ كُلِّ مَكَان، اَللَّهُمَّ انْصُرْ إخْوَانَنَا فِيْ فِلِسْطِيْن وفي رُوْهِيڠيَا، اَللَّهُمَّ انْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ، اَللَّهُمَّ اجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ، وَوَحِّدْ صُفُوْفَهُمْ، يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ, رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ.

MAKSUDNYA: 
“Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami menuju, dan kami menyegerakan langkah, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu sangat pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir dan Ahli kitab yang menghalangi jalanMU.
Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik, Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agamaMu (Islam), Ya Allah binasakanlah kekufuran, toghut dan orang-orang yang zalim, Wahai tuhan sekelian alam.
Ya Allah kami jadikan Engkau dihadapan musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-beraikan kekuatan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah kalimah mereka, dan goncangkan kedudukan mereka, Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, wahai Tuhan Yang Maha Keras, wahai Tuhan Yang Maha Membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.
Ya Allah, wahai Tuhan, yang menurunkan al-Kitab, wahai Tuhan yang menggerakkan awan, wahai Tuhan yang mengalahkan tentera al-Ahzab, kalahkanlah mereka (orang-orang kuffar) dan bantulah kami menghadapi mereka.
Ya Allah, selamatkanlah kaum muslimin di Palestin dan Rohingya, Ya Allah selamatkanlah kaum muslimin di semua tempat, Ya Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah keraskan balasanMu ke atas orang-orang Yahudi Perampas dan Penjajah, Ya Allah kenakan ke atas mereka tahun-tahun keperitan seperti tahun-tahun keperitan pada zaman Nabi Yusuf. Ya Allah hancurkan Yahudi Zionis dan penyokong-penyokongnya, Ya Allah hancurkan Yahudi Zionis dan penyokong-penyokongnya, Ya Allah hancurkan Yahudi Zionis dan penyokong-penyokongnya.
Ya Allah bantulah saudara-saudara kami para pejuang di jalanMu, yang ditindas kerana agama yang mereka anuti di semua tempat. Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di Palestin dan di Rohingya, Ya Allah bantulah mereka, Ya Allah bantulah mereka berdepan dengan musuhMu dan musuh mereka, Ya Allah satukanlah kalimah mereka, dan saf-saf mereka, wahai Tuhan sekelian alam, Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihani kami, sudah pasti kami akan tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi."

3.PANDUAN QUNUT NAZILAH
1.Boleh melakukan Qunut Nazilah dalam semua solat Fardhu seperti yang telah thabit di dalam hadis Sahih al-Bukhari. Qunut Nazilah dalam solat ‘Asar pula thabit dari hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dengan sanad yang Jayyid.

2.Kebanyakan Qunut Nazilah yang baginda lakukan adalah dalam solat Subuh, kemudian Maghrib, kemudian ‘Isyak, kemudian Zohor, kemudian ‘Asar. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: “Disyariatkan Qunut ketika ditimpa bencana, mendoakan kebaikan untuk umat Islam dan balasan ke atas orang-orang kafir, dalam solat Subuh dan solat-solat Fardhu yang lain. Demikianlah seperti yang dilakukan oleh ‘Omar bin al-Khattab yang melakukan Qunut Nazilah ketika berlaku bencana iaitulah ketika memerangi Nasara dengan doanya: “Ya Allah kenakanlah laknatMu ke atas orang-orang kufur dari kalangan Ahli Kitab.” (Majmu’ al-Fatawa: 22/270)

3.Qunut Nazilah dilakukan dalam rakaat yang terakhir, selepas Ruku’.

4.Digalakkan supaya tidak memanjangkan Qunut Nazilah. Berdasarkan hadis Anas ketika beliau ditanya: “Apakah baginda SAW melakukan Qunut Nazilah dalam solat Subuh?” beliau menjawab: “Ya, selepas rukuk dengan ringkas.” (HR Muslim)

5.Qunut Nazilah dilakukan ketika berlaku bencana dan ditinggalkan setelah bencana hilang. Berdasarkan hadis dari Abu Hurairah RA di dalam Sahih Muslim. Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata: “Hanyasanya baginda berqunut ketika berlaku musibah untuk berdoa meminta kebaikan kepada kaum muslimin yang ditimpa musibah, dan memohon dikenakan balasan ke atas kaum yang zalim. Kemudian baginda meninggalkannya apabila mereka yang baginda doakan telah pulang dan bebas dari tawanan, mereka yang baginda mohon dikenakan balasan pula memeluk Islam dan datang kepada Nabi SAW dalam keadaan bertaubat. Dan qunut yang baginda baca disebabkan ada perkara yang mendatang, apabila perkara itu tiada lagi baginda meninggalkan bacaan qunut.” (Ibn al-Qayyim dalam Zaad al-Ma’ad: 1/272)

6.Tidak terdapat sighah khusus untuk qunut nazilah. Sighah yang dilampirkan adalah sebagai cadangan dan panduan sahaja.

7.Sunat di”Jahar”kan bacaan qunut berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya. Sunat juga dijaharkan dalam semua solat, termasuk solat yang Sirr. (al-Nawawi di dalam al-Majmu’: 3/482)

8.Sunat makmum mengaminkan doa qunut nazilah oleh Imam berdasarkan hadis dari Ibn ‘Abbas RA yang berkata: “…baginda memohon dikenakan balasan ke atas beberapa perkampungan dari Bani Sulaim, ke atas Ri’lin, Zakwan dan ‘Usaiyah, dan doa baginda diaminkan oleh sahabat yang berada di belakang baginda.” (HR Ahmad dan Abu Daud dengan Sanad yang Jayyid)

9.Sunat mengangkat tangan ketika berqunut nazilah, berdasarkan hadis dari Anas RA yang berkata:



مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَدَ عَلَى شَيْءٍ قَطُّ وَجْدَهُ عَلَيْهِمْ ـ يعني القرَّاء ـ فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الْغَدَاةِ رَفَعَ يَدَيْهِ فَدَعَا عَلَيْهِمْ

Mafhumnya: “Saya tidak pernah melihat Rasulullah sedih terhadap sesuatu berbanding kesedihan baginda ke atas al-Qurra. Sesungguhnya daku melihat Rasulullah SAW di dalam solat Subuh mengangkat dua tangan baginda meminta dikenakan balasan ke atas golongan yang kianat.” (HR Ahmad dengan Sanad yang Sahih)

Al-Nawawi berkata: “Diriwayatkan hadis ini oleh al-Baihaqi dengan sanad baginya Sahih atau Hasan” (al-Majmu’: 3/479)

Daripada Abi Rafi’ katanya: “Daku pernah solat bersama dengan ‘Omar bin al-Khattab RA, beliau pernah berqunut selepas dari rukuk, beliau mengangkat tangan dan menjaharkan doa.” (Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan katanya: Riwayat ini dari Omar adalah Sahih.” (Sunan al-Baihaqi: 2/212)

10.Tidak dianjurkan menyapu muka selepas qunut nazilah.

11.Makmum hendaklah mengikut imam. Jika imam berqunut nazilah maka mereka berqunut jika imam tidak berqunut, maka mereka tidak perlu membaca qunut nazilah.



Wallahu a’lam.

Renung-renungkanlah!!!

Fikir sejenak mengenai soalan-soalan ini:

1) Kenapa tiada seorang Syiah di pusat tahanan Teluk Guatanamo?

2) Kenapa negara-negara Barat tidak menyenaraikan anggota militia Syiah dalam senarai pengganas? Contohnya seperti Hisbullat?.

3) Apa yang sebenarnya dilakukan oleh Hisbullat di selatan Lubnan? ( Mereka berkubu 30 km didalam sempadan Lubnan dan memenuhkan kawasan tersebut dengan masyarakat Kristian dari UN supaya tiada pun Mujahidden Sunni datang ke kawasan tersebut untuk menyerang Israel)

4) Tahukah anda peristiwa yang berlaku pada tahun 2006 merupakan drama bertaraf antarabangsa antara Syiah dan Hisbullat untuk menjaga sempadan Israel, sama seperti yang dilakukan oleh rejim Assad.

5) Kenapa droid milik Amerika asyik mengebom anggota Al-Qaeda dn tentera-tentera Syariah setiap hari di Yemen tetapi TIDAK PERNAH mengebom tentera Huthi Syiah di Yemen walaupun mereka tahu KEDUA-DUANYA di Yemen dan terlibat dalam pergolakan di sana?

6) Kenapa Perancis masih enggan menyenaraikan Hisbullat dalam senarai pengganas antarabangsa?

7) Mengapa France melakukan "Perbincangan" setiap hari tentang menghantar senjata untuk FSA yang boleh dikawal dari jauh dan dikesan oleh GPS, tetapi masih TIDAK PERNAH menghantar sebutir peluru pun sehingga sekarang?

8 ) Mengapa barat TIDAK PERNAH membenarkan untuk membentuk mana-mana negara Islam Sunni dengan undang-undang Syariah sepenuhnya, bukan di Afghanistan, Pakistan, Somalia, Mali, Yemen walaupun majority dari mereka mahukan undang-undang Syariah ini,,,, TETAPI mereka membenarkan Iran untuk menjadi negara Syiah TERBESAR mempraktikkan sepenuhnya Undang-Undang Syariah Syiah di teluk Arab?

9) MENGAPA Syiah telah dibenarkan untuk menyebarkan agama mereka di Afrika dan menukar 50% daripada Afrika kepada Syiah tetapi SEMUA PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN ( NGO) adalah dilarang sama sekali daripada bercakap untuk menyokong Sunnah?

10) Mengapa Hisbullat, Iran, Iraq dibenarkan untuk membunuh DI KHALAYAK RAMAI di Syria tetapi Sunni dilarang sama sekali untuk mengatakan semudah perkataan "BANTULAH FSA" mereka akan ditangkap

malam nisfu sya'ban

Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).