assalamualaikum

selamat datang ke blog ini,moga anda dapat mengambil manfaat dari tulisan yang terdapat didalam ini...

Friday 3 February 2012

hadis palsu:belajarlah sehingga ke negeri china


"tuntutlah ilmu walau ke negara china"
 Ulasan sarjana hadis ini dimasukkan dalam senarai hadis palsu oleh kebanyakan tokoh sarjana dalam buku buku karangan mereka,antaranya ialah:
  • al jarrahi dalam kitab kashf al khafa'
  • al albani dalam kitab silsilah ahadith al dha'ifah wa al maudhu'ah
  • ibn arraq al kanni dalam kitab tanzih al syaria'ah
  • ali al qari dalam kitab al maudhua'at al kabir
  • al 'ajluni dalam kitab kashf al khafa'mereka semua menukilkan kata kata tokoh sarjana islam ibn taimiyah yang menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.hadis ini  dihukumkan sebagai hadis palsu kerana kecacatan yang terdapat pada sanadnya.dalam sanad hadis ini ada seorang pelapor yang bernama abu atikah tharis bin sulaiman.beliau adalah seorang yang lemah dan tergolong sebagai salah seorang yang memalsukan hadis